Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling
menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat
asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada
perbuatan bersujud ketika sembahyang.
1. Membetulkan
kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi
peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit
hernia.
4. Mengurangkan sakit
senggugut ketika haid.
5. Melegakan paru-paru
daripada ketegangan.
6. Mengurangkan
kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik
untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
7. Meringankan
bahagian pelvis.
8. Memberi dorongan
supaya mudah tidur.
9. Menggerakkan otot
bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada
sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan
elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan
darah.
10. Bagi wanita,
pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk
menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
11. Sujud juga mampu
mengurangkan kegemukan.
12. Pergerakan bahagian
otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah
kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang
perut.(Convulsions).
13. Organ terpenting
iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
14. Mengelakkan
pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat
dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi
psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha
pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.
15. Manakala dari sudut
perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke
otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta
menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang
banyak dan lama-lama bagi satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat
terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam
Islam. Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.