Gambaran Black Holes
Black Holes tidak dapat
dilihat walaupun dengan menggunakan teleskop optik kerana ia menyedut cahaya
dari apa jua objek yang mengeluarkan cahaya (bintang sebagai contoh) malahan ia
turut menghisap jisim dari apa saja objek yang berhampiran disebabkan oleh
tarikan gravitinya yang amat kuat sekali.
Matahari juga boleh
menjadi calon Black Hole disuatu hari nanti apabila ia kehabisan bahan
bakar termonuklear di mana ia
akan meletup menjadi Supernova sebelum jisimnya meruntuh kedalam dirinya
sendiri dengan menghasilkan ketumpatan jisim yang amat tumpat menyebabkan
kekuatan graviti dalaman bertambah berkali-kali ganda sehingga mampu menarik
mana-mana cahaya yang melintasinya.
Secara saintifiknya,
Black Hole digelar sedemikian rupa kerana ia tidak dapat dilihat lantaran
ketidak wujudan cahaya padanya, tetapi apabila gas-gas dan debu-debu objek
samawi misalnya bintang-bintang ataupun nebula ditarik kepadanya, bahan-bahan ini
berkelajuan tinggi berkadar dengan suhu yang hasilnya adalah letusan bertenaga
tinggi yang sudah tentu boleh dikesan dengan teleskop radio.
Nebula (gambar) juga
boleh ditarik oleh Black Hole selain bintang-bintang yang bertaburan di angkasa
Bukanlah disebabkan Black Hole itu tidak dapat dilihat maka ia menjadi satu
hipotesis tetapi ia sebenarnya menjadi satu fakta apabila cerapan
menggunakan teleskop radio mengesahkan
denyutan yang menjadi bukti kewujudannya. Denyutan yang dimaksudkan di sini
adalah Black Hole membebaskan sejumlah tenaga bergelombang pendek yang terdiri
dari sinar Gamma dansinar X akibat penghasilan suhu yang amat tinggi
diterasnya.
Teleskop radio dapat
mengesan kewujudan Black Hole
Penghasilan suhu yang amat tinggi ini bersumberkan dari jisim jasad-jasad lain
yang disedut dan ditelannya hatta cahaya sekalipun. Terdapat banyak calon-calon
Black Holes di angkasa lepas sepertiKuasar dan juga pusat galaksi termasuk Galaksi Bima Sakti kita. Setiap galaksi adalah berputar
yakni ia mempunyai banyak ‘lengan’ yang bertindak seperti jejari kipas yang
berputar. Sistem suria kita berada di atas lengan Orion.
Sistem suria kita
yang berada di lengan Orion pada Galaksi Bima Sakti (keseluruhan gambar)
Tentu anda akan faham jika dikatakan bahawa Buruj Orion (Si Pemburu atau Osiris) yang kita boleh
melihatnya saban malam pada bulan yang tertentu adalah berada di atas salah
satu lengan Galaksi Bima Sakti (Milky Way’s spiral arms). Justeru lengan Orion
telah dinamakan kerana ia mengandungi bintang-bintang dari konstellasi (Buruj)
Orion yang berada di atas salah satu lengan pusaran Bima Sakti yang menampung
kedudukan sistem matahari kita ini.
Putaran galaksi yang
terkuat diketahui di pusatnya (galactic center). Di sinilah barangkali Super-massive Black Hole (Lubang
Hitam Super-tumpat) yang terkuat wujud di alam semesta kerana ia menghasilkan
letusan sinaran yang amat dahsyat di mana gas yang berputar mengelilingi lubang
hitam akan merupai kolam pusingan (lubuk maut angkasa) yang amat-amat besar
yang berpusing beberapa ribu kilometer per saat. Di sini gas-gas menjadi padat
dengan bintang-bintang berkumpul sambil pusar-memusar, suhu meningkat dan
memanaskan kabus gas di sekeliling.
Gas dan
bintang-bintang itu ditarik mengelilingi lohong hitam dan menghadapi risiko
tertarik kedalam di mana sesetengah bahan ada juga yang terpelanting keluar.
Bahan-bahan yang ditarik atau ditendang sebenarnya menunjukkan ke arah lohong
hitam galaksi.NGC1275 merupakan
calon yang sesuai bagi sebuah Black Hole tetapi sebenarnya ia adalah sebuah
galaksi walau seakan-akan Kuasar.
NGC1275 yang dilihat
dari teleskop Hubble
Kuasa tenaga NGC1275 amat kuat, gelombang radio yang dipancarkan adalah lebih
banyak dari cahayanya sendiri. Sebab itu ia tidak kelihatan luar biasa jika
dilihat secara optikal. Walaupun kelihatan normal, ia mempunyai denyutan radio
yang sangat berkuasa di pusatnya. Cuma satu benda saja yang boleh keluarkan
begitu banyak tenaga iaitulah lohong hitam yang besar dan ianya mungkin
terdapat di tengah-tengah pusat tersebut.
NGC1275 menyinar
dengan keamatan cahaya 100 ribu juta kali lebih terang dari matahari walau ia
dipancarkan dari kawasan yang kecil sahaja di mana cahaya ini pastinya datang
dari lohong hitam besar yang berputar itu. Galaksi dibentuk oleh gas hidrogen
yang disatukan oleh graviti, ditengah-tengahnya gas itu dimampatkan. Jika cukup
mampat, lohong hitam akan terbentuk.
Walaupun jika lohong
hitam yang terbentuk itu hanyalah sebesar sistem suria kita, ia tetap dapat
menarik apa jua yang melintasi atau menghampirinya. Kuasar (Quasar) mempunyai
tenaga yang jauh lebih kuat dari sesuatu galaksi, mungkin daya graviti lohong
hitamnyalah yang memberi tenaga kepadanya. Selain dari Kuasar dan pusat
galaksi, andaian sesebuah bintang untuk menjadi black hole juga tidak dapat
ditolak.
Bintang Cygnus X-1 iaitu sebuah bintang kembar dua yang
memancarkan sinar-X paling terang dalam Buruj Cygnus (Angsa) merupakan calon
bagi sebuah Black Hole. Ia menjadi calon bagi Black Hole kerana salah sebuah
kembarnya yang tidak dapat dilihat sedang menyedut gas-gas dan jisim dari
kembarnya yang satu lagi. Sedutan gas-gas dan jisim ini meletuskan radiasi
sinar-X paling hebat di angkasa.
Bintang Cygnus X-1
yang terletak di Buruj Cygnus
Salah satu calon Black Hole yang lain dari kategori bintang ialah V861 Scorpii di Buruj Scorpius. Pada 26 Mei 1994 yang lalu, berdasarkan
pemerhatian teleskop angkasa lepas Hubble (HST),
NASA telah mengumumkan penemuan sebuah Black Hole. Ia begitu jelas kelihatan di
mana bahan-bahan serta gas disedut masuk kedalam satu lubang yang dikelilingi
oleh awan-awan gas (nebula).
Apa yang menjadi
misteri paling mengejutkan ialah rakaman gelombang radio berfrekuensi ultra
menggunakan sistem komputer sensitiviti bunyi kuasa tinggi telah dapat
meghuraikan (extraction) raungan kesakitan dari lubang yang amat dalam itu.
Rahsia ini dibongkarkan oleh seorang yang rapat dengan NASA. Adakah teleskop
Hubble telah menemui “Neraka”? Tidak.
Hubble dengan
peralatan saintifik yang ada padanya telah secara tidak langsung membuktikan
kewujudan lubang hitam di angkasa. Selepas beberapa abad bertelagah pendapat,
saintis akhirnya berhadapan dengan kepercayaan agama. Rakaman pita
magnetik imej dan frekuensi bunyi memberi bukti terhadap apa yang dikenali
sebagai roh tanpa sinar yang terbakar dan menjerit kesakitan dalam penyeksaan.
Menggunakan resolusi
peleraian imej sangat tinggi, HST merakamkan imej seakan-akan roh-roh
manusia yang terbakar dalam api yang sangat besar di dalam lubang hitam angkasa
itu.Namun begitu, pihak NASA tidak memberitahu perkara sebenar kecuali
seorang lain yang berhubung rapat dengannya yang telah mengakui melihat imej
tersebut serta rakaman sebenar pita tambahan pula krew NASA juga sangat yakin
bahawa imej seakan-akan roh-roh yang diambil tersebut memang sama bentuk dengan
fizikal manusia.
Tidak diketahui di
mana imej tersebut kini. Sebenarnya banyak lagi imej yang boleh membawa kepada
kebenaran Islam telah disembunyikan oleh pihak NASA dengan alasan sulit dan
rahsia besar (Top Secret Classified). Sekarang apa telahan anda?. Sebenarnya
tidak sukar untuk mempertemukan ayat atau dalil Al Quran berkenaan Black Hole
dengan adanya penemuan dari NASA seperti yang disebutkan di atas itu tadi.
Adakah penemuan “Neraka” di angkasa itu benar-benar
neraka dalam erti kata yang sebenarnya? Walaupun kita sedar dan tahu bahawa
neraka itu benar sepertimana yang disebutkan dalam Al Quran dan Hadis, sekarang
kita berdepan pula dengan penemuan “Neraka” dari ahli sains astronomi. Mari
kita lihat hadis Nabi SAW berkenaan neraka.
Bersabda
Rasulullah SAW:
“Api
kamu ini adalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian api di neraka
Jahannam. Para sahabat mengatakan: Yang ini pun sudah mencukupi. Berkata Nabi:
Bahkan api neraka itu melebihi (api dunia) sebanyak enam puluh sembilan kali,
setiap bahagiannya sama panasnya.”
Bersabda
baginda lagi:
“Dibakar
di atas neraka Jahannam seribu tahun hingga menjadi merah. Kemudian dibakar
lagi selama seribu tahun hingga menjadi putih. Kemudian dibakar lagi selama seribu
tahun hingga menjadihitam legam seperti malam yang gelap gelita.”
Adakah takwil dari
sabda Nabi “hitam legam” boleh merujuk kepada lohong hitam yang
panas itu? Wallahua’lam. Tetapi sekurang-kurangnya begitulah kerana lohong yang
hitam sememangnya benar-benar dahsyat panasnya! Hakikat ini tidak dapat
ditolak.
Namun Black Hole
tidak dapat menjadi “Neraka” dalam erti kata hakiki walaupun penemuan NASA
mengesahkan bagaimana bunyi raungan datang dari sumber Black Hole itu. Kenapa
saya berkata begini? Ikuti alasan saya yang lain.
Saya tidak ingin
mengatakan jumpaan NASA itu satu neraka tetapi biarlah saya kemukakan Hadis dan
dalil Al Quran berkenaannya. Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya
bila seorang mukmin akan putus hubungannya dengan dunia dan segera akan menuju
ke akhirat, maka datang kepadanya para malaikat dengan wajah terang bercahaya
seperti terangnya sinar matahari. Mereka duduk sejauh pandangan mata orang
mukmin itu. Kemudian datang malaikatul maut dan berkata: Wahai jiwa yang
tenang, keluarlah menuju pengampunan dan kerinduan Allah. Maka keluarlah dan
dibungkus dengan kain putih berbau amat harum dan dibawanya pergi. Malaikat
lain bertanya: Siapa orang itu? Jawabnya: Fulan bin Fulan, namanya terbaik yang
dipakainya di dunia. Maka ketika pintu langit dibuka, malaikat bersama
menyembutnya. Kemudian Allah bertitah: Tempatkan hambaku ke dalam Illiyyin
(langit ke tujuh tempat orang mukmin). Setelah itu dikembalikan ke bumi.”
[hadis
ini amat panjang sekali, memadai ditaip setakat untuk menjelaskan. Jika hendak
baca kesemuanya sila dapatkan buku bertajuk "Ibnul Qayyim: ROH: Perjalanan
Bersama Roh Di Alam Lain: Perbahasan dan Komentar; Leila Mabruk" keluaran
Thinkers Library]
Lain pula halnya dengan si kafir laknatullah yang
hidupnya hanya mengabdi dunia semata-mata. Bila menjelang maut, bukan wajah
seri malaikat yang datang tapi malaikat bermuka hitam dan kelam dengan pakaian
berbulu. Didekati kepalanya, “Wahai jiwa yang jahat, keluarlah menuju kemurkaan
Allah”. Berkerumun malaikat saling berebut mencabut jasad. Dibungkus kain yang
juga berbulu dengan bau yang amat busuk. Dibawanya ke atas. Malaikat yang
dilewati bertanya: “Siapa si busuk itu?” Jawabnya: “Fulan bin Fulan”,
disebutkan nama yang paling jelek di dunia. Sampai di langit, tak dibuka pintu baginya.
Allah bertitah: “Catatlah namanya pada Sijjin(di bumi
terendah dan ketujuh) dan rohnya ditempatkan di sana. Lalu firman-Nya
lagi:
“Barangsiapa
mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka seoalah-olah ia jatuh dari langit,
lalu disambar burung atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh”.
(Al
Haj ayat 31)
Apakah Itu
Sijjin?
Jika anda buka Surah Al Muthaffifin iaitu Surah ke-83 ayat 7 hingga 22
diterangkan apakah itu Sijjin dan apakah itu Illiyyin. Menurut tafsir Quran
menyebut bahawa Sijjin itu adalah ‘penjara’ di mana kitab amal orang-orang yang
jahat itu terletak di situ dengan kesempitan, kegelapan, kehinaan dan
penyeksaan di penjara itu menjadi gambaran nasib malang dan kecelakaan.
Manakala Illiyyin
ertinya tempat yang tinggi dan mulia di mana kitab amalan orang-orang soleh
(baik) berada dan disimpan di situ, tidak akan hilang dan tidak akan rosak.
Jika penerangan berkenaan laungan penyeksaan orang-orang yang tercelaka
dinyatakan dalam Al Quran itu tadi sebagai memperlihatkan akan apa yang telah
dijumpai oleh pihak NASA. Barangkali saja Sijjin adalah lubang siksaan atau
telaga yang amat dalam yang kita kenali sebagai Black Hole dalam dunia
saintifik ini.
Roh orang-orang
kuffar akan ditempatkan terlebih dahulu di Sijjin (Black Hole) ini sebelum
ditempatkan pula di Neraka pada hari kiamat. Inilah hakikatnya. Wallahua’lam
bil ghaib. Saya tidak menganggap Neraka yang sebenar (An Nar atau Hell)
berada dalam Alam Semesta kerana apa yang kita nampak walaupun satu titik
cahaya di satu penjuru Alam Semesta dengan menggunakan teleskop yang paling
berkuasa di dunia ini sekalipun sebenarnya masih berada dalam lingkungan Langit
Pertama yang diperkatakan jauhnya oleh saintis kaji bintang sebagai 15 ribu
juta tahun cahaya.
Menurut apa yang
saya faham, jika langit diperkatakan mengandungi tujuh lapis, perlu saja
menempuhi tujuh pintu langit untuk sampai ke sana sama ada ke Syurga atau ke
Neraka. Saya juga berpendapat bahawa jika koordinat galaktik di mana satah
pelataran Galaksi Bima Sakti dijadikan asas paksi Utara dan Selatan Alam
Semesta (perhatian: Alam Semesta bermaksud rantau yang dikelilingi Langit
Pertama), maka paksi Utara Galaksi Bima Sakti (paksi Utara galaktik) mungkin
menuju terus ke Syurgawi manakala paksi Selatan Galaksi Bima Sakti (paksi Selatan
galaktik) pula mungkin menuju terus ke arah Neraka.
Itupun perlu
menempuhi kejauhan jarak jejari dari pusat Galaksi Bima Sakti ke pintu Langit
Pertama sahaja sudah sejauh 15 ribu juta tahun cahaya (perhitungan saya: 14
ribu 285 juta 714 ribu 290 tahun cahaya atau jarak 135 ribu 150 juta 402 ribu
857 billion kilometer). Itu belum lagi menempuhi tujuh lapis langit keseluruhan
yang saya perkirakan sebagai sejauh 100 ribu juta tahun cahaya atau
946,052,819,600,000,000,000,000 km atau 946 ribu 52.8196 trillion kilometer.
Jarak visual 100
juta tahun cahaya (bukan 100 ribu juta tahun cahaya)
Apa yang telah saya dapati menurut kajian saya ini adalah angka bagi jarak
dalam kilometer dari pusat Galaksi Bima Sakti ke final frontier Langit ke-7
adalah bersamaan dengan perjalanan cahaya matahari selama setahun yang memungkinkan
cahaya matahari akan mengambil masa selama 100 ribu juta tahun untuk tiba di
pintu Langit ke-7 andai semua pintu langit tadi dibukakan serentak
menurut konseptual Isra’ Mi’raj. Wallahua’lam bil ghaib.
Saya bukannya
meneka-neka atau mereka-reka seperti apa yang telah saya pertunjukkan itu
tetapi berdasarkan penyelidikan semenjak 13 tahun yang lalu. Benar atau tidak
hanya Allah jualah yang lebih mengetahui kerana saya hanya mencuba, satu cubaan
yang tidakpun ingin bercanggah dengan Islam tetapi sebagai satu kenyataan
bahawa tidak mungkin ada siapa pun di kalangan manusia atau jin atau syaitan
yang berupaya untuk melintasi jarak sejauh itu.
Jadi, sesiapa yang
berasa tidak redha takdir Allah ke atasnya di alam dunia ini, perlulah dia
keluar dari lingkungan jarak 946 ribu 52.8196 trillion km. Bagaimana
mungkin? Firman Allah dalam Surah Ar Rahman ayat 33:
“Hai
jemaah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit
dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya melainkan dengan
kekuatan.”
(Surah
Ar Rahman ayat 33)
Astaghfirullahal
‘azhim. Begitulah tuan-tuan. Kesimpulannya Black Hole dengan Sijjin
kemungkinannya adalah satu istilah yang sama.Terdapat amat banyak sekali
Black Hole atau Sijjin di Langit Pertama ini yang menunggu sesiapa saja yang
mungkar untuk disumbatkan rohnya kedalamnya.
Ayat 19 Surah An
Nabak dan ayat 16 Surah Al Haaqqah bukannya pembayang yang tepat kepada Black
Holes kerana ia berkenaan pra-kehancuran ataupun kehancuran total Alam Semesta
dari Langit Pertama sampai Langit Ke-7. Jangan fikir angka 7 bermakna angka
bagi orang-orang dahulukala yang merujuk kepada infiniti kerana ketujuh-tujuh
lapisan langit adalah pasti menurut Al Quran bahkan spektrum cahaya juga
mempunyai 7 lapis iaitu ungu, indigo, biru, hijau, kuning, jingga dan merah.
Mungkin warna setiap
pintu yang menjadi sempadan setiap lapis langit juga demikian di mana pintu
Langit Pertama adalah berwarna ungu. Justeru apabila kiamat, semua pintu langit
pecah berderai maka pintu Langit ke-7 memperlihatkan rupanya dengan warnanya
sebagai kilapan merah mawar sepertimana yang diterangkan oleh Allah dalam Surah
Ar Rahman ayat 37:
“Maka
apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti kilapan minyak”.
Supernova yang
berbentuk seperti mawar merah
Amat banyak sekali ayat Quran yang menerangkan kejadian kiamat terutama sekali
dalam juz yang terakhir.