27 Jun 2012

[Tazkirah] Renungan Untuk Semua!


Orang beriman selalu menjaga perasaan orang lain ....

[Tazkirah] Memburu Kemanisan Iman!

Sudah menjadi kewajipan bagi setiap Muslim memburu kemanisan IMAN. Ia perlu dijadikan agenda utama dalam hidup mengatasi segala-galanya. Bahkan jika disedari, pemburuan ini adalah agenda seumur hidup. Kita hidup dengan IMAN, kita mati dengan IMAN dan kita pinta masuk ke dalam syurga juga dengan IMAN.

“Dunia dicipta untuk manusia, Manusia dicipta untuk akhirat”.



[Tazkirah] Selamat Beramal!


◆Sahabat, Hidayah Itu Milik Allah, Kita Hanya Menyampaikan.

•••►Allah Ta'ala berfirman:
Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufiq) siapa yang dikehendaki-Nya.
(Al-Baqarah:272)

>✉<
•Bukan kuasa kita untuk mengubah manusia..Usaha kita hanya menyampaikan mengikut kadar kemampuan masing-masing..selebihnya serahkan kepada Allah Ta'ala. ^_^

[Kisah Teladan] Susu Terakhir Buat Si Kecil Sebelum Ajal!



Kisah yg amat menyayat hati dan pastinya akan menyentuh naluri keibuan kita…bacalah.

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu…menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya.

Subhanallah…

sepenuhnya di http://mysyah-holiday.blogspot.com/2012/06/susu-terakhir-buat-si-kecil-sebelum.html