Kenali IFRIT Atau JIN
IFRIT
Ifrit ialah nama bagi segolongan jin kafir yang di antara mereka
diberi kekuatan dan kepintaran oleh Allah s.w.t. yang ampunya hati busuk
terhadap manusia.
Dalam peristiwa antara Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis, termaktub
dalam al-Quran tentang kisah burung Hud-hud yang memberitahu kepada Nabi
Sulaiman tentang adanya seorang raja perempuan di negeri Saba', yang terletak
di selatan semenanjung Arab. Dalam Surah an-Nahl ayat 34 diceritakan tentang kesuburan
tanah Saba' yang dapat mengeluarkan hasil bumi berlipat ganda. Ratu Saba' yang
bernama Balqis mempunyai singahsana yang diperbuat daripada emas, bertatahkan
ratna mutu maknikam dan batu permata yang mahal-mahal. Dikatakan bahawa nama
ayahnya ialah Shurahil, ibunya daripada bangsa jin bukan manusia.
Menurut Ath-Tha'labi dan al-Hafiz Ibn Kathir, bapa Ratu Balqis
adalah raja besar. la enggan berkahwin dengan seorang perempuan Yaman. la telah
jatuh cinta dengan seorang perempuan jin namanya Rayhanah binti As-Sakn dan
melahirkan Ratu Balqis. Nama yang dipilih oleh ibunya untuk Ratu Balqis ialah
Talqamah. Setengah pendapat mengatakan Balqamah.
Burung Hud-hud telah memberitahu Nabi Sulaiman bahawa Ratu Balqis
dan kaumnya sujud kepada matahari (an-Naml ayat 24). Diterangkan juga bahawa
biarpun kepercayaan mereka kepada Allah itu ada, namun yang mereka utama ialah
penyembahan terhadap matahari. Syaitan telah memesongkan kepercayaan mereka.
Mereka telah dipujuk-pujuk, dirayu oleh iblis dan syaitan hingga mereka
terpedaya. Mereka merasakan bahawa amalan dan kepercayaan yang mereka lakukan
itu adalah amalan yang baik dan benar.
Mendengarkan berita Hud-hud itu, Nabi Sulaiman telah berjanii akan
menyelidiki kebenaran kata-kata tersebut. Setelah itu Nabi Sulaiman telah
memerintahkan Hud-hud menghantar surat kepada Ratu Balqis.Baginda telah
memanggil pembesar-pembesarnya apabila menerima surat yang menyuruhnya tunduk
dan tidak membesarkan diri itu. Ratu Balqis mengatakan bahawa surat tersebut
adalah surat mulia dari seorang raja yang besar lagi perkasa, yang memakai nama
Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Para pembesar sepakat menjawab
bahawa mereka mempunyai kelengkapan yang kuat dan cukup namun demikian segala
keputusan terletak pada ratu sendiri.
Ratu Balqis telah mengambil keputusan untuk memberi hadiah kepada
Nabi Sulaiman (an-Naml ayat 35), kerana menurut kebiasaannya hadiah itu boleh
mempengaruhi keputusan seseorang. Menurut tafsir Ibn Abbas, Ratu Balqis berkata
kepada para pembesarnya kalau hadiah itu diterima ini menunjukkan bahawa Nabi
Sulaiman itu hanya seorang raja dan perlu diperangi. Jika hadiah itu ditolak
ini menunjukkan bahawa ia adalah seorang yang perlu diikuti. Nabi Sulaiman
telah menolak hadiah tersebut dan mengancam akan memerangi Ratu Balqis.
Setelah utusannya kembali semula ke Saba', Ratu Balqis merasakan
bahawa kerajaannya tidak berupaya hendak melawan Nabi Sulaiman. Tidak ada
faedahnya kalau ia bersikap membesarkan diri. Kemudian baginda memerintahkan
utusan itu kembali semula mengadap Nabi Sulaiman dengan berita ia akan segera
datang bersama raja-raja dalam negerinya untuk mendapatkan keterangan yang
lebih lanjut tentang agama yang diperkatakannya itu. Setelah itu baginda pun
memerintahkan pengawal-pengawal istana mengemas singahsana yang diperbuat
daripada emas padu bertatahkan maknikam, batu zamrud, zabarzad dan mutiara itu
untuk disimpan dalam sebuah peti besar tujuh lapis dan disuruh kunci serta
dipelihara dengan baik agar tidak ada yang mendekati duduk di atasnya atau
melihatnya sehingga ia kembali dari menemui Nabi Sulaiman. Kemudian baginda pun
keluar menuju ke Sham bersama-sama rombongannya.
Semasa Ratu Balqis dalam perjalanan menuju ke istana Nabi
Sulaiman, dalam masa yang sama, Nabi Sulaiman telah memerintahkan jin-jin melaporkan
perjalanan tersebut. Setelah beberapa hari sahaja lagi rombpngan itu akan tiba
ke istana Nabi Sulaiman, baginda telah bertanya kepada orang-orang besarnya
jika ada di antara mereka yang boleh membawa singgahsana Ratu Balqis ke tempat
Nabi Sulaiman sebelum ia datang menyerah diri menerima agama yang didakwahkan.
Mendengarkan pertanyaan tersebut salah satu ifrit telah berjanji bahawa ia akan
membawa singahsana Ratu Balqist sebelum Nabi Sulaiman berdiri dari tempat
duduknya. Ifrit berjanii dengan mengatakan bahawa yang dikatakan itu adalah
benar. Singahsana tersebut tidak akan rosak, tidak akan terdapat cacat cela
barang sedikit pun terhadap singahsana tersebut biarpun antara Palastin dan
Saba itu jaraknya beratus-ratus batu seperti yang tersebut dalam al-Quran
Surah an-Naml ayat 38 dan 39. (Maksudnya)
(Nabi Sulaiman) berkata, wahai orang-orang besar, siapakah di
antara kamu yang akan membawakan singahsahanya sebelum dia datang kepadaku
dalam keadaan berserah diri. Berkata ifrit (yang cerdik) daripada bangsa jin,
aku akan datangkan kepadamu sebelum engkau berdiri dari tempat dudukmu, dan
sesungguhnya aku berupaya dan boleh dipercayai untuk melakukan demikian.
Mendengarkan janji ifrit sedemikian rupa, seorang lelaki alim ahli
kitab bernama Asif bin Burkhya, yang dikatakan sebagai setiausaha peribadi Nabi
Sulaiman telah sanggup mendatangkan singahsana tersebut sebelum mata Nabi
Sulaiman berkelip. Kesanggupan ini termaktub dalam :-
Surah an-Naml ayat 40: (Maksudnya)
Berkata seorang yang mempunyai ilmu dari al-Kitab, Aku akan
datangkan singgahsana itu kepadamu sebelum matamu berkelip. Maka setelah
dilihatnya singgahsana itu terletak di hadapannya, iapun berkata: Ini adalah
kurnia Tuhanku untuk menguji aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (alam
nikmatnya). Dan barang siapa yang bersyukur, maka sesungguhnya ia bersyukur
untuk dirinya dan barang siapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha
Kaya, Lagi Maha Mulia.
Terdapat berbagai-bagai riwayat tentang lelaki ahli al-Kitab yang
sanggup membawa singahsana Ratu Balqis dalam sekelip mata yang mencabar
keupayaan ifrit tadi. Selain nama Asif tadi, ada riwayat mengatakan bahawa
orang tadi ialah Nabi Hidir, manakala riwayat lain pula mengatakan bahawa orang
itu sebenarnya ialah Nabi Sulaiman sendiri.
Biar apa perbezaan riwayat mengenainya, maksud sebenar yang perlu
difahami di sini ialah ifrit yang tersebut dalam al-Quran ini adalah daripada
jenis jin yang bijak dan mempunyai keupayaan luar biasa, yang umumnya
kebijaksanaan seperti ini tidak dapat ditandingi atau dilakukan oleh manusia
biasa. Namun demikian berdasarkan peristiwa tersebut ternyata bahawa manusia
yang berilmu itu lebih bijak dan berupaya mengalahkan kekuatan ifrit yang
begitu perkasa dan bijaksana. Jelasnya bahawa ifrit adalah daripada golongan
jin. Di antara mereka ada yang bijak dan tidak bijak. Namun demikian, umumya
tabiat ifrit adalah untuk merosakkan manusia. Menurut sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah ifrit pernah datang untuk menggoda supaya
Rasulullah terputus daripada mengerjakan sembahyangnya:
Sesungguhnya ada satu ifrit daripada golongan jin mencuba ke
atasku (lalu melintas di hadapanku) malam tadi untuk mengoda agar sembahyangku
putus.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.